Rabu, 1 Mei 2013

Bagaimana Payudara Berfungsi?


Payudara akan mempunyai alveoli,iaitu kelenjar penghasilan susu ketika mengandung. Alveoli kelihatan seperti dedaun pada pokok. Susu yang dihasilkan dalam alveoli pula akan melalui saluran-saluran susu yang ada dan samapi ke kawasan di belakang puting. Apabila bayi memberi tekanan pada kawasan areola, terdapat pengeluaran susu, saraf menghantar mesej kepada otak untuk mengeluarkan dua hormon, oxytocin, yang menyebabkan susu dikeluarkan (refleks pancutan atau milk-ejection reflex) dan prolactin, yang menstimulasikan payudara agar menghasilkan lebih banyak susu.

Amat jarang bagi seseorang wanita untuk tidak dapat menyusukan anak. Malahan ada wanita yang telah menjalani pembedahan pada payudara masih mampu menyusukan anak dengan sempurna. Puting leper atau tenggelam tidak seharusnya menjadi suatu kebimbangan sekiranya bantuan didapatkan dari peringkat awal lagi.

Sumber "Hebatnya susu ibu!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan