Rabu, 1 Mei 2013

Apa itu KOLOSTRUM?



Ramai ibu-ibu yang tidak terus menyusukan anak sejurus selepas bersalin kerana didapati susu yang keluar amat sedikit, terlalu pekat, dan berwarna kekuningan (seolah seperti bahan kumuhan). Malah ada juga sanak saudara yang menyarankan agar dibuang sahaja susu peringkat awal ini, kerana tampak lahirnya kurang menyenangkan.
Susu peringkat awal inilah yang dinamakan 'kolostrum': ianya amat berharga buat si anak ketika tahap awal. Faedah-faedah kolostrum ini, antaranya:-
1. Kaya antibodi - melindungi bayi dari jangkitan dan alahan.
2. Kaya sel darah putih - melindungi dari jangkitan.
3. Kaya vitamin A dan E.
4. Faktor pertumbuhan - kematangan usus dan mencegah alahan.
5. Sejenis laksatif - mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis.
Jadi usahlah khuatir! Susukan anak sebaik lahir. Apatah lagi buat ibu-ibu yang kali pertama melahirkan anak, inilah masanya ibu dan anak berlatih bersama.

Sumber susuibu.com
--Diolah dari petikan "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan