Memaparkan catatan dengan label Herb-Lax™. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Herb-Lax™. Papar semua catatan

Rabu, 10 Julai 2013

BUANG TOKSIN DALAM BADAN


TIDAK ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin atau kotoran dalam badan. Cuba bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga sekarang, ini bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya.
Secara semula jadi, toksin boleh dibuang melalui proses pencernaan iaitu menerusi pembuangan air kecil atau besar. Namun, jika ia tidak berjalan dengan lancar iaitu seseorang itu mengalami masalah membuang air besar, sakit perut berterusan atau kulit berjerawat, itu tandanya badan mempunyai toksin berlebihan. 
Selain itu, pengumpulan toksin dalam badan juga boleh mengakibatkan sembelit, sakit kepala, insomnia, letih dan imuniti badan rendah. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, mengikut konsep dan teori penyembuhan semula jadi, faktor utama yang menyebabkan organ dan tubuh menghidap pelbagai jenis penyakit ialah toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis sesuatu penyakit ditentukan oleh kerosakan yang disebabkan toksin berkenaan.

“Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran di sekeliling kita.
Antaranya pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. 

“Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan atau bahan tambahan yang menjadi punca utama toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser atau migrain. 

“Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati hampir 90 peratus punca penyakit disebabkan toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh pula, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya,” katanya. 

Kajian yang dilakukan Sekolah Perubatan Mount Sinai, New York di Amerika Syarikat dengan kerjasama Kumpulan Pekerja Alam Sekitar (EWG) mendapati, terdapat 91 unsur pencemaran kimia daripada sumber industri dan pelbagai unsur kimia yang lain di dalam sampel darah dan air kencing sembilan sukarelawan dari lima bandar raya berlainan. 

Jumlah keseluruhan toksin yang dijumpai pula sebanyak 167. Seperti kebanyakan kita, sembilan sukarelawan berkenaan tidak langsung bekerja di persekitaran yang terdedah atau dicemari industri kimia. 

Menerusi 167 toksin yang ditemui itu, 76 dikenal pasti boleh menyebabkan kanser kepada manusia dan haiwan, 94 pula bahan toksin berbahaya kepada otak dan sistem saraf manakala 79 lagi boleh menyebabkan kecacatan janin. 

Dr Syid Ayob berkata, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalusi seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng dan protein yang diambil secara berlebihan adalah faktor menyumbang kepada masalah kesihatan. 

Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik serta racun perosak turut mempengaruhi. 

“Semua bahan ini masuk ke dalam usus lalu meningkatkan kandungan toksin di dalam badan. Toksin itu akan diserap dan melekat dalam darah lalu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan atau penyakit seperti radang usus. 

“Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah dua kali sehari. Tetapi, jika seseorang tidak membuang air dengan kadar sepatutnya, kemungkinan besar najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus, seterusnya menjadi toksin dalam tubuh,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau menasihatkan ibu hamil atau sedang menyusukan bayi tidak sesuai untuk membuang toksin melalui bahan makanan tambahan. 

Tambahnya, antara cara lain yang popular digunakan untuk membuang toksin ialah diet jus dan diet air. Tetapi ada juga yang memilih cara lebih ekstrem iaitu melalui proses mencuci usus. 

Cara ini dibuat dengan memasukkan tiub ke dalam usus dan menyedut kotoran di dalamnya. Jika mahu melakukannya, pastikan mendapatkan khidmat doktor bertauliah. 

Menyedari kepentingan menjaga kesihatan bermula dari dalam badan, pengeluar produk kesihatan dan kecantikan, Eskayvie Sdn Bhd memperkenalkan Eskayvie Nutrelle, makanan tambahan terkini bagi menyokong proses penyahtoksin merangkumi semua fasa asas bagi penyucian tubuh yang mantap. 

Mempunyai empat fasa kesejahteraan iaitu penyahtoksin, pemulihan, mengoptimumkan dan rejuvenasi, ia adalah formulasi terkini bagi membantu untuk membersihkan toksin dan pencemaran dalaman bagi pemulihan kesihatan, kecantikan dan kecergasan. 

Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, walaupun tubuh manusia memiliki keupayaan semula jadi iaitu menggunakan hati dan usus untuk menyahtoksin, kita juga mampu mencari alternatif lain untuk meringankan bebannya. 

Dengan mengamalkan sokongan makanan tambahan yang melancarkan proses penyahtoksin, ia mampu membantu tubuh untuk membersihkan diri daripada sisa toksin,” katanya pada majlis pelancaran produk yang dirasmikan Pengarah Kanan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud, baru-baru ini.


Isnin, 3 Jun 2013

Set Kuruskan badan




Assalamualaikum,

Hari ni teringin nak bercerita tentang set kurus shaklee, walaupun saya tidaklah menghadapi masalah berat badan yang berlebihan tapi suka saya berkongsi tentang kebaikan set produk kesihatan  yang terbaik ini.

Mungkin masih ramai wanita diluar sana terutamanya ibu-ibu yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan selepas bersalin yang sedang mencari-cari produk terbaik bagi membantu mengurangkan berat badan. Sekarang ini pelbagai produk pelangsingan di pasaran yang menjanjikan hasil dalam masa yang sangat singkat. Tetapi tidakkah kita terfikir tubuh badan kita ini bukanlah mesin yang boleh melakukan kerja secara paksa supaya hasilnya dapat diperolehi dalam masa yang singkat.

Di sinilah sebabnya kenapa saya katakan Set Kuruskan badan Shaklee sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat. Set ini tidaklah menjanjikan anda untuk kurus dengan cepat,jadi bagi mereka yang nak kurus cepat tidak sesuai menggunakan set ini.

Tetapi kepada anda yang bukan sahaja mahu kurus,tetapi mahu menjaga kesihatan dengan cara yang selamat dan terbaik,dialu-alukan mencuba set ini. Terutamaya para ibu yang masih menyusukan anak, set ini sangat sesuai kepada anda. bukan sahaja anda dapat manfaatnya, malah bayi anda pun turut sama dapat faedahnya.

Mari saya kongsikan cadangan set yang sesuai untuk anda samada anda seorang ibu yang menyusukan bayi,atau kepada anda yang memang bercadang nak kuruskan badan dengan cara sihat.



Berikut set cadangan mengikut kesesuaian anda :
  1. Ibu menyusukan bayi : Alfalfa + Lecithin + ESP
  2. Anda yang ingin turunkan berat badan :- Herb Lax/Alfalfa + Lecithin/Omegaguard + Cinch/ESP
  3. Set Kurus (Bajet) : Herb Lax + Alfalfa + Lecithin
Antara kebaikan Set Kurus Shaklee :

Herb Lax 
- Meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut
- Mempercepatkan proses detoks dan mengurangkan penyerapan lemak
- berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus
- Membantu masalah lebihan aid dalam badan dan asma

Alfalfa
- Mencuci hati,darah dan usus
- Melawan alahan
- Menyingkirkan lemak dan kolestrol
- Melegakan keletihan
- Mencegah/merawat atritis

Omegaguard
- Membakar lemak
- Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru
- Mencegah penyakit saluran darah dan Strok 
- Mengandungi DHA dan EPA 
- Merendahkan kolestrol dan mengawal masalah obesiti

Lecithin
- Pemecahan lemak dan kolestrol - membantu mengemulsi dan metabolisma lemak,kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
- Mencantikkan otot dan kulit
- Mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
- Meningkatkan daya ingatan dan meringankan stress.

ESP - Energizing Soy Protein
- Satu-satunya produk di pasaran yang menjamin 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.
- Kandungan Indeks Glisemik yang rendah - sesuai untuk pengidap kencing manis
- Mengandungi 'non-GMO' (non-Genetically Modified Organism) 
- Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot,kuku,rambut,darah,organ kulit dll.
- Membantu merendahkan paras kolestrol , mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
-Membekalkan tenaga - rasa kenyang yang lama

Cinch
- Pada kebanyakan diet,anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda akan kehilangan keupayaan untuk membakar lemak, dan merendahkan kadar metabolisma anda. Apabila anda tidak meneruskan lagi diet tersebut, anda tidak boleh membakar kalori seperti anda lakukan sebelum ini. Sebaliknya, berat badan anda akan bertambah berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali anda meneruskan diet.
  
- Dirumus khas untuk membantu anda memecahkan kitaran diet, jadi anda boleh :
- bina otot anda
- tidak perlu membakar lemak anda
- anda akan kehilangan setiap berat yang anda tak mahu


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Jom kita ikuti testimoni pelanggan yang telah berjaya turunkan berat badan dengan set kurus shaklee





Berminat nak mencuba?

Kelebihan  bila anda menjadi pelanggan kami
      - Anda akan didaftarkan dapat Group tertutup FB
      - Anda akan mendapat pengetahuan dan dapat berkongsi pengalaman dengan pengguna Shaklee yang ada dalam group ini.
      - Konsultasi percuma diberikan
      - Sentiasa mendapat Harga Jimat daripada kami
      - Akan mendapat info-info terkini tentang shaklee dan produk terkini

Sila hubungi kami jika ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang produk
Nadra Amat
Distributor Shaklee Anda
Phone : 010-7862985
PM admin : www.facebook.com/messages/healthynhappynadin

Isnin, 29 April 2013

Herb-Lax™



Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTMyang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Berminat?

Hubungi saya untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut tentang produk

Your Independent Distributor Shaklee
Nadra amat
* ID Shaklee : 911013
* sms : 010-7862985
* Email : mewithu15@yahoo.com