Memaparkan catatan dengan label Garlic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Garlic. Papar semua catatan

Rabu, 10 Julai 2013

BUANG TOKSIN DALAM BADAN


TIDAK ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin atau kotoran dalam badan. Cuba bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga sekarang, ini bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya.
Secara semula jadi, toksin boleh dibuang melalui proses pencernaan iaitu menerusi pembuangan air kecil atau besar. Namun, jika ia tidak berjalan dengan lancar iaitu seseorang itu mengalami masalah membuang air besar, sakit perut berterusan atau kulit berjerawat, itu tandanya badan mempunyai toksin berlebihan. 
Selain itu, pengumpulan toksin dalam badan juga boleh mengakibatkan sembelit, sakit kepala, insomnia, letih dan imuniti badan rendah. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, mengikut konsep dan teori penyembuhan semula jadi, faktor utama yang menyebabkan organ dan tubuh menghidap pelbagai jenis penyakit ialah toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis sesuatu penyakit ditentukan oleh kerosakan yang disebabkan toksin berkenaan.

“Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran di sekeliling kita.
Antaranya pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. 

“Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan atau bahan tambahan yang menjadi punca utama toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser atau migrain. 

“Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati hampir 90 peratus punca penyakit disebabkan toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh pula, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya,” katanya. 

Kajian yang dilakukan Sekolah Perubatan Mount Sinai, New York di Amerika Syarikat dengan kerjasama Kumpulan Pekerja Alam Sekitar (EWG) mendapati, terdapat 91 unsur pencemaran kimia daripada sumber industri dan pelbagai unsur kimia yang lain di dalam sampel darah dan air kencing sembilan sukarelawan dari lima bandar raya berlainan. 

Jumlah keseluruhan toksin yang dijumpai pula sebanyak 167. Seperti kebanyakan kita, sembilan sukarelawan berkenaan tidak langsung bekerja di persekitaran yang terdedah atau dicemari industri kimia. 

Menerusi 167 toksin yang ditemui itu, 76 dikenal pasti boleh menyebabkan kanser kepada manusia dan haiwan, 94 pula bahan toksin berbahaya kepada otak dan sistem saraf manakala 79 lagi boleh menyebabkan kecacatan janin. 

Dr Syid Ayob berkata, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalusi seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng dan protein yang diambil secara berlebihan adalah faktor menyumbang kepada masalah kesihatan. 

Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik serta racun perosak turut mempengaruhi. 

“Semua bahan ini masuk ke dalam usus lalu meningkatkan kandungan toksin di dalam badan. Toksin itu akan diserap dan melekat dalam darah lalu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan atau penyakit seperti radang usus. 

“Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah dua kali sehari. Tetapi, jika seseorang tidak membuang air dengan kadar sepatutnya, kemungkinan besar najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus, seterusnya menjadi toksin dalam tubuh,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau menasihatkan ibu hamil atau sedang menyusukan bayi tidak sesuai untuk membuang toksin melalui bahan makanan tambahan. 

Tambahnya, antara cara lain yang popular digunakan untuk membuang toksin ialah diet jus dan diet air. Tetapi ada juga yang memilih cara lebih ekstrem iaitu melalui proses mencuci usus. 

Cara ini dibuat dengan memasukkan tiub ke dalam usus dan menyedut kotoran di dalamnya. Jika mahu melakukannya, pastikan mendapatkan khidmat doktor bertauliah. 

Menyedari kepentingan menjaga kesihatan bermula dari dalam badan, pengeluar produk kesihatan dan kecantikan, Eskayvie Sdn Bhd memperkenalkan Eskayvie Nutrelle, makanan tambahan terkini bagi menyokong proses penyahtoksin merangkumi semua fasa asas bagi penyucian tubuh yang mantap. 

Mempunyai empat fasa kesejahteraan iaitu penyahtoksin, pemulihan, mengoptimumkan dan rejuvenasi, ia adalah formulasi terkini bagi membantu untuk membersihkan toksin dan pencemaran dalaman bagi pemulihan kesihatan, kecantikan dan kecergasan. 

Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, walaupun tubuh manusia memiliki keupayaan semula jadi iaitu menggunakan hati dan usus untuk menyahtoksin, kita juga mampu mencari alternatif lain untuk meringankan bebannya. 

Dengan mengamalkan sokongan makanan tambahan yang melancarkan proses penyahtoksin, ia mampu membantu tubuh untuk membersihkan diri daripada sisa toksin,” katanya pada majlis pelancaran produk yang dirasmikan Pengarah Kanan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud, baru-baru ini.


Sabtu, 8 Jun 2013

KENALI RESDUNG DAN CARA MENCEGAHNYA


Istilah Tradisional - RESDUNG adalah kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ yang lain menjadi gatal dan tidak selesa.

Istilah Saintifik - SINUSITIS merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menyebabkan kerosakan pada kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Resdung atau Sinusitis adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung/hama yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Tahukah Anda?
Resdung adalah penyakit dari parasit demodex atau dipanggil ulat resdung dalam bahasa kita. Terdapathampir 44 jenis resdung. Dan masalah resdung berpunca dari alahan pada habuk,pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung juga boleh membawa MAUT jika tidah dirawat dengan segera.

SIMPTOM-SIMPTOM RESDUNG
  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • sakit atau rasa berat muka terutama kawasan antara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa  tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya.
EFEK RESDUNG
  1. Jangkitan nanah di sekeliling mata
  2. Jangkitan otak
  3. Sakit tekak yang kronik
  4. Jangkitan tulang muka
  5. Lelah
  6. Jangkitan telinga dan tonsil
  7. Berdengkur secara kronik
  8. Alahan hidung
  9. Selsema yang melarat
PENCEGAHAN
  • Banyakkan minum cecair apabila anda diserang selsema untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar.
  • Jauhkan diri dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung.Perokok lebih mudah mendapat resdung.
  • Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang resdung kerana bahan klorin yang terdapat dalam kolam mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan nafas.
  • Dapatkan rawatan dengan segera apabila anda diserang selsema. Hembuskan mukus dihidung anda dengan perlahan-lahan.
  • Dapatkan supplement yang sesuai untuk membantu meningkatkan daya tahan penyakit atau antibodi tubuh anda.
SET RESDUNG SHAKLEE dapat membantu anda
  1. B-Complex - menstabilkan hormon dan bertindak sebagai penenang
  2. Alfalfa - mengurangkan keradangan akibat resdung, kerana ia kaya dengan sumber klorofil
  3. Garlic - meningkatkan sistem imun badan dn anti-alergik.
Credit to MummyInsyirah Gourgeus
Penafian: Produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Berminat? Nak mencuba?

Kelebihan  bila anda menjadi pelanggan kami
      - Anda akan didaftarkan dapat Group tertutup FB
      - Anda akan mendapat pengetahuan dan dapat berkongsi pengalaman dengan pengguna Shaklee yang ada dalam group ini.
      - Konsultasi percuma diberikan
      - Sentiasa mendapat Harga Jimat daripada kami
      - Akan mendapat info-info terkini tentang shaklee dan produk terkini

Sila hubungi kami jika ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang produk
Nadra Amat
I.Distributor Shaklee : 911013
Phone : 010-7862985
PM admin : www.facebook.com/messages/healthynhappynadin

Isnin, 29 April 2013

Garlic


Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.  

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Berminat?

Hubungi saya untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut tentang produk

Your Independent Distributor Shaklee
Nadra amat
* ID Shaklee : 911013
* sms : 010-7862985
* Email : mewithu15@yahoo.com