Jumaat, 30 Ogos 2013

Kenapa saya memilih Shaklee?

Assalamualaikum..

Hari ni saya ingin berkongsi pengalaman sebagai pengguna produk shaklee. Sebelum ini,saya tidak pernah tahu tentang produk ini.Malah jenama Shaklee ini begitu asing bagi saya. Selepas bersalin anak kedua,saya sering keletihan yang sangat teruk. Saya dapat merasai yang kesihatan saya sebenarnya kurang baik.Mungkin semasa berpantang dulu,saya banyak "langgar pantang" kata orang-orang tua. Ada juga kawan-kawan cerita, wanita bila dah lepas bersalin akan mengalami banyak perubahan,dan memang saya akui.Sejak dah ada cahayamata memang pembahagian masa saya sudah tidak teratur. Saya perlu bahagikan masa antara anak,suami,diri-sendiri,kerja rumah dan kerja pejabat. Selalunya penjagaan diri adalah yang paling terabai.Mungkin sebab itulah kesihatan saya mula terjejas.Bukan sahaja badan saya yang letih,malah fikiran saya juga letih.Saya mula perasan yang saya mudah marah dan rasa tertekan.Bila badan dah letih,wajah pun kusam dan tidak bermaya.Semangat pun hilang.Setiap hari berfikir kenapa diri sering keletihan.

Demi kebaikan diri dan keluarga,saya pun berikhtiar mencari penawar. Saya pun mencari ubat yang sesuai dengan masalah saya di internet.Ada beberapa jenis produk yang telah saya cuba,tetapi tidak membantu juga. Akhirnya,saya terjumpa blog Puan Hanis,produk kesihatan semulajadi..haa..Shaklee lah.Saya pun menempah Set trial Eu Four Pack (Vitalea,B-Comp,Vitamin C dan Ostematrix) melalui beliau.

Alhamdulillah,belum sampai seminggu saya menggunakannya,saya dah merasai perubahan positif pada diri. Bila bangun dari tidur sakit-sakit badan sudah tiada lagi.Selalunya setiap awal pagi,saya akan mengalami kebas kaki,tetapi setelah pengambilan supplemen ini kebas kaki pun tiada lagi. Walaupun saya selalu tidak cukup tidur,tetapi bila bangun pagi saya rasa segar dan bertenaga.Semuanya dengan izin Allah. Rupanya bila badan sihat,barulah wajah menjadi cerah dan berseri-seri (perasan). :)

Bila dah merasai sendiri kesannya,saya mula berminat dengan produk shaklee. Saya sering membaca info tentang kebaikan-kebaikan produk ini. Dan saya menghubungi puan Hanis melalui email,untuk mengetahui cara menyertai Shaklee. Puas hati dengan penerangan beliau dan sendiri dah rasa keberkesanan produk ini,saya pun menjadi ahli shaklee.Malah sejak menjadi ahli shaklee,saya mula menitikberatkan kesihatan bukan sahaja untuk diri,tetapi anak-anak dan keluarga.

Mungkin dengan perkongsian saya ini dapat membantu para ibu yang berada di luar sana yang mungkin menghadapi masalah kesihatan. Berikhtiarlah menjaga kesihatan diri,agar kita dapat menjaga orang yang disayangi. Bila badan kita sihat,barulah kita dapat berfikir dengan waras dan bijak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan